Remaja 16 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan merempuh dua pemotong rumput sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, polis telah merekod keterangan daripada pelajar terbabit dan penjaganya turut dipanggil bagi membantu siasatan.